Shopee mengumumkan penamatan sokongan pemindahan DuitNow melalui ID yang akan berkuat kuasa pada 19 Mac 2025. Melalui perubahan ini, pengguna tidak lagi boleh melakukan pemindahan DuitNow menggunakan ID melalui Shopee Pay.
Ketika ini, ShopeePay menyokong pemindahan DuitNow melalui ID yang merangkumi nombor telefon, nombor akaun, NRIC, passport dan nombor pendaftaran perniagaan. Namun begitu, selepas 19 Mac 2025 ShopeePay tidak lagi menyokong fungsi tersebut.

Walau bagaimanapun, pemindahan dana dengan menggunakan DuitNow ke akaun bank lain atau melalui e-dompet DuitNow QR masih lagi disokong ketika ini.
Shopee menyatakan, perubahan dan penamatan sokongan ini tidak akan menjejaskan fungsi atau perkhidmatan lain di aplikasi Shopee. Pengguna masih boleh menerima atau memindahkan dana melalui kaedah yang tersedia di Shopee.