Close

Fon tri-lipat dari Samsung mungkin tiba pada tahun ini

Pada acara Galaxy Unpacked, Samsung telah memberikan gambaran awal mengenai fon tri-lipat pertama mereka. Fon tri-lipat pertama dari Samsung ini mungkin akan menggunakan nama Galaxy G Fold.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan fon tri-lipat pertama dari Samsung akan diperkenalkan bersama dengan Galaxy Z Fold7 dan Flip7 iaitu sekitar Julai ini. Galaxy G Fold mungkin hadir dengan rekaan sama seperti prototaip Flex G bukan seperti HUAWEI Mate XT. Prototaip Flex G telahpun diperlihatkan pada acara CES.

Berbeza dengan HUAWEI Mate XT, Galaxy G Fold akan dibuka seperti surat dengan skrin akan dilipat ke dalam dan tiada skrin luar. Rekaan ini menjadikan Galaxy G Fold kurang terdedah kepada masalah skrin seperti mana HUAWEI Mate XT. Galaxy G Fold akan mempunyai skrin sebesar 9.96-inci apabila dibuka sepenuhnya.

Untuk permulaan, Galaxy G Fold mungkin akan ditawarkan dalam unit yang terhad dan hanya akan ditawarkan di beberapa tertentu sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN