MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip baru mereka iaitu Dimensity 7400 dan Dimensity 7400x. Cip ini memfokuskan penawaran untuk peranti mampu milik dengan pakej yang menarik.

Kedua-dua cip ini menggunakan teknologi bina 4nm dari TSMC. Hadir dengan konfigurasi 8 teras dengan 4x teras CPU Cortex-A78 dengan kelajuan 2.6 GHz dan 4x teras Arm Cortex-A55 dengan kelajuan 2.0 GHz. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan Arm Mali-G615 MC2 yang menjanjikan peningkatan prestasi grafik yang baik.

MediaTek mendakwa, cip ini menawarkan penggunaan kuasa yang lebih baik dan efisien untuk permainan antara 14% hingga 36% berbanding pengeluar lain.
Cip ini turut dilengkapi dengan NPU 665 yang menawarkan peningkatan kuasa sebanyak 13% berbanding generasi sebelumnya. Turut menyokong teknologi MediaTek Adaptive Gaming Technology 3.0 (MAGT 3.0) yang menjanjikan prestasi dan pengoptimum grafik lebih baik mengikut kepada keadaan semasa peranti.
Dimuatkan dengan cip ISP Imagiq 950 yang menawarkan hasil imej yang lebih baik biarpun pada keadaan kurang cahaya. Selain itu, ia turut menyokong teknologi kamera AI dengan Google Ultra HDR untuk menjadikan hasil foto dan video mempunyai warna lebih terang, julat dinamik yang lebih tinggi dan kontras yang lebih baik.
Cip ini turut hadir dengan modem 5G R16 dengan sokongan WiFi 6E tri band untuk sokongan rangkain yang lebih stabil. Selain itu, cip ini turut menyokong resolusi FHD+, paparan 144Hz, RAM LPDDR5, storan UFS3.1, dan Bluetooth 5.4.
Peranti pertama dengan cip ini dijangka akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2025.