Qualcomm akan menyokong kemas kini sehingga 8 tahun untuk peranti Android yang dikuasakan dengan cip Snapdragon.

Qualcomm akan bekerjasama dengan Google untuk membolehkan pengeluar atau OEM menawarkan kemas kini yang lebih panjang untuk peranti mereka. Dengan sokongan kemas kini yang lebih panjang ia dapat meningkatkan jangka hayat peranti Android.
Semua cip Snapdragon 8 dan Snapdragon 7 yang akan dilancarkan selepas ini akan turut menerima sokongan yang sama selepas ini. Sebelum ini kegagalan Qualcomm memberikan sokongan perisian pemandu dijadikan alasan mengapa peranti Snapdragon tidak menerima sokongan kemas kini jangka panjang sebaik iPhone.
Peranti dengan cip Snapdragon 8 Elite akan menjadi peranti menyokong kemas kini sehingga 8 tahun yang merangkumi kemas kini Android dan keselamatan. Penawaran ini akan turut diperluaskan kepada semua cip Snapdragon 8 dan Snapdragon 7 yang akan diperkenalkan selepas ini. Namun begitu, cip Snapdragon terdahulu atau lebih lama tidak akan menyokong kemas kini ini.

Dengan penawaran ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak pengeluar akan menawarkan kemas kini lebih panjang pada peranti mereka. Pada ketika ini, kebanyakkan pengeluar menawarkan kemas kini 3 atau 4 tahun.