Pada acara Galaxy Unpacked, Samsung telah memberikan gambaran awal mengenai fon tri-lipat pertama mereka. Sekaligus, mengesahkan peranti tersebut mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan terbaru, terdapat laporan mendedahkan fon tri-lipat pertama dari Samsung akan menggunakan nama Galaxy G Fold. Pengguna nama tersebut dikatakan merujuk kepada konsep awal reka bentuk skrin tri-lipat dari Samsung yang dipanggil sebagai Flex G. Selain itu, penggunaan nama tersebut juga merujuk kepada model fon lipat dari Samsung iaitu Fold.

Galaxy G Fold mungkin hadir dengan skrin sebesar 9.96-inci apabila dibuka sepenuhnya dengan berat hampir sama seperti HUAWEI Mate XT. Peranti ini mungkin mirip seperti HUAWEI Mate XT namun ia sedikit lebih tebal.
Peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada awal 2026. Sekiranya laporan ini tepat, ia akan menjadikan segmen fon lipat lebih menarik dan lebih kompetitif.