Close

Nissan dan Honda akan umum hala tuju penggabungan pada pertengahan Februari ini

Nissan Motor Co dan Honda Motor Co bakal mengumumkan maklumat terperinci mengenai hala tuju dan perancangan penggabungan syarikat pada pertengahan Februari ini.

Pada ketika ini, kedua-dua syarikat masih lagi merangka struktur penggabungan di bawah syarikat induk baru pada 2026. Selain itu, Honda menggesa Nissan, yang sedang bergelut dengan masalah kewangan untuk memperkukuh usaha penstrukturan semula.

Rakan kongsi kepada Nissan iaitu Mitsubishi Motors Corp dikatakan tidak berminat untuk menyertai penggabungan tersebut biarpun laporan awal menyatakan sebaliknya.

Melalui gabungan ini, kedua-dua syarikat ini akan berkongsi pelbagai perkara dalam arena automotif yang merangkumi tenaga dan sumber, dalam masa yang sama akan bersaing dengan lebih baik dengan jenama lain di pasaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN