Close

Samsung Galaxy A56 dikesan melepasi SIRIM Malaysia

Samsung Malaysia dijangka akan memperkenal peranti baru ke pasaran tempatan selepas Galaxy A56 dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Galaxy A56 5G dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 24 Januari 2025 menggunakan kod model SM-A566B/DS (Galaxy A56 5G) dan didaftarkan di bawah Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd. Tiada maklumat terperinci mengenai peranti ini memandangkan ia belum lagi diperkenalkan di mana-mana pasaran.

Menurut beberapa laporan, Galaxy A56 mungkin hadir dengan cip Exynos 1850, RAM sehingga 12GB, storan dalaman sehingga 256GB, bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan 45W. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada sekitar Mac ini.

Buat masa ini, Samsung Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan untuk pasaran tempatan. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN