Close

Apple kini mempunyai 2.35 billion pengguna aktif

Apple kini mempunyai 2.35 billion pengguna aktif di seluruh dunia. Laporan tersebut dikongsi oleh Tim Cook ketika mengumumkan laporan kewangan syarikat.

Menurut Tim Cook, ia merupakan pencapaian terbaik yang pernah direkodkan oleh Apple buat masa ini. Secara keseluruhan, terdapat peningkatan iaitu sekitar 4% bersamaan dengan 150 juta unit peranti atau produk baru diaktifkan.

Walau bagaimanapun, jualan iPhone untuk tahun ini mencatatkan penurunan sekitar 1% berbanding tahun sebelumnya. Penurun tersebut memberikan gambaran yang Apple Intelligence bukan sebab utama peningkatkan dalam jualan peranti.

Namun begitu, penjualan untuk Mac dan iPad merekodkan peningkatan iaitu sekitar 15%. Apple terus mendominasi pasaran global biarpun menghadapi penurunan atau cabaran dalam penjualan peranti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN