Samsung berkemungkinan akan memperkenalkan cip Exynos 2500 pada separuh kedua tahun 2025.
Menurut maklumat, cip Exynos 2500 akan diperkenalkan pada separuh kedua tahun 2025. Namun begitu, maklumat tersebut tidak mendedahkan tarikh yang lebih spesifik mengenai pelancaran cip tersebut.
Samsung dijangka akan membawakan pelbagai peningkatan dan penambah baikkan pada cip Exynos 2500 sekaligus menjadikan ia setanding dengan cip andalan lain dipasaran. Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 dijangka akan menjadi peranti terawal yang akan dikuasakan dengan cip Exynos 2500.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan adakah Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan ditawarkan dengan cip Exynos 2500 sahaja atau tersedia dengan cip Snapdragon 8 Elite namun untuk pasaran lain. Cip Exynos 2500 akan menggunakan konfigurasi teras yang berbeza iaitu 1+2+2+5 berbanding 1+2+3+4 yang digunakan pada cip Exynos 2400.