Close

TM bakal tamatkan perkhidmatan Streamyx dan Unifi Lite pada 28 Februari 2025

Telekom Malaysia (TM) bakal menamatkan perkhidmatan rangkaian berasaskan tembaga atau copper sepenuhnya bermula 28 Februari 2025.

Dengan pengumuman tersebut, dua perkhidmatan iaitu Streamyx dan Unifi Lite akan ditamatkan kerana masih menggunakan rangkaian berasaskan tembaga. Perlaksanaan tersebut merupakan langkah naik taraf kepada rangkaian yang lebih stabil dan pantas melalui sambungan internet fiber.

Semua pelanggan Streamyx dan Unifi Lite perlu beralih atau naik taraf ke pakej perkhidmatan lain. Sekiranya gagal, ia mungkin akan menyebabkan perkhidmatan Streamxy atau Unifi Lite ditamatkan.

Selain itu, selepas tarikh tersebut tiada lagi kerja-kerja pemulihan rangkaian tembaga akan dibuat. Beriutan itu, TM menyarankan pengguna menaik taraf ke perkhidmatan Unifi Broadband.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN