Close

AS tubuhkan dana kekayaan berdaulat – Rancang beli TikTok?

Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump, telah menandatangani perintah eksekutif untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) dalam tempoh setahun. Dana tersebut mungkin akan digunakan untuk membeli TikTok.

Malangnya, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai dana tersebut. Jabatan Perbendaharaan dan Perdagangan diberikan tempoh 90 hari untuk membentangkan mengenai sumber dana, strategi pelaburan, struktur dana dan tadbir urus.

Dana kekayaan berdaulat bukanlah perkara baru memandangkan ia telah digunakan di beberapa negara seperti di Asia dan juga Timur Tengah. Berikutan itu, sudah tiba masanya Amerika Syarikat turut mempunyai dana kekayaan berdaulat mereke sendiri.

Dana tersebut tidak terhad kepada pembelian TikTok sahaja sebaliknya akan turut digunakan untuk pelbagai perkara seperti projek infrastruktur dan sebagainya.

Perancangan untuk membeli TikTok masih lagi dalam fasa perbincangan dan dijangka akan diumumkan pada bulan ini. Jika pembelian ini berlaku, ia bakal menjadi langkah luar biasa dalam dasar digital AS, berpotensi mengubah landskap pemilikan dan kawal selia media sosial secara drastik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN