Nothing telahpun mengesahkan peranti baru mereka iaitu Phone (3a) akan diperkenalkan pada 4 Mac ini. Seiring dengan itu, Nothing telah berkongsi maklumat terbaru mengenai peranti tersebut.

Melalui perkongsian tersebut, memperlihatkan Phone (3a) akan dilengkapi dengan butang tambahan baru. Imej tersebut dikongsi dengan caption ‘Your second memory, one click away’ sekaligus memberikan gambaran butang tersebut mungkin untuk kamera seperti mana butang camera control pada iPhone 16.
Butang tersebut membolehkan pengguna mengakses kamera dengan lebih pantas dan boleh digunakan untuk mengambil gambar, video dan sebagainya. Namun begitu, terdapat kemungkinan butang tersebut boleh ditetapkan untuk pelbagai perkara lain atau disertakan dengan fungsi baru.

Nothing Phone (3a) dijangka hadir dengan skrin OLED 6.8-inci, bateri 5000mAh, pengecasan 45W dan menggunakan tetapan tri-kamera belakang 50MP + 50MP Telefoto + 8MP Ultra Lebar.