BSN melalui Facebook rasmi mereka berkongsi maklumat mengenai penyelenggaraan berjadual untuk perkhidmatan perbankannya. Sekaligus, menyebabkan beberapa perkhidmatan mereka tergendala sementara waktu.

Melalui perkongsian BSN, proses penyelengaraan tersebut akan dilakukan pada 9 Februari, 12 tengah malam hingga 4 atau 8 pagi pada tarikh berkenaan.
Antara perkhidmatan yang terjejas adalah seperti perbankan internet myBSN, aplikasi myBSN Mobile, transaksi kad debit dan BSNeBiz.
Menurut BSN, penyelenggaran berjadual tersebut dibuat bagi memastikan pengalaman perkhidmatan menjadi lebih baik dalam masa yang sama dapat meningkatkan keselesaan pelanggan.