Close

Ugreen Finder Slim diumumkan – Alternatif kepada Apple AirTag?

Ugreen mengumumkan alternatif kepada Apple AirTag yang dikenali sebagai Finder Slim. Buat yang tidak mengetahui, Finder Slim adalah peranti penjejak yang membolehkan pengguna mengesan atau menjejak lokasi barangan peribadi sekiranya hilang.

Finder Slim menggunakan rekaan yang nipis iaitu sekitar 1.7mm sekaligus memudahkan ia untuk disimpan. Peranti ini menyokong penarafan IP68 dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 12 bulan untuk satu pengecasan. Untuk pengecasan, ia menggunakan pengecasan jenis magnetik. Selain itu, peranti ini turut mempunyai penggera dengan kekuatan sekitar 80db.

Peranti ini menyokong Apple Find My sekaligus memboleh pengguna mengesan atau menjejak barangan melalui aplikasi tersebut. Selain itu, ia akan menghantar notifkasi sekiranya Finder Slim dikesan jauh dari peranti. Secara asasnya, Finder Slim ini menawarkan kemampuan yang hampir sama seperti AirTag namun dengan rekaan lebih nipis.

Bagi yang berminat, peranti boleh dibeli di kedai rasmi atas talian Shopee dengan harga promosi iaitu RM86 berbanding harga asal iaitu RM160.45.

ARTIKEL BERKAITAN