Close

Diskaun tol 50% akan diberikan untuk semua perayaan tahun ini

Kerajaan akan melaksanakan pemberian diskaun tol 50% untuk semua perayaan pada tahun ini. Perlaksanaan tersebut menggantikan pemberian tol percuma yang ditawarkan oleh kerajaan sebelum ini.

Dengan pemberian diskaun tol 50% ia akan menjimatkan kos yang ditanggung oleh kerajaan. Sebelum ini, kerajaan perlu menanggung kos RM160 juta untuk pemberian tol percuma berbanding RM80 juta untuk diskaun tol 50%.

Pemberian diskaun tol 50% ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet sebelum ini sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025. Selain itu, kos bagi diskaun tol yang diberikan adalah dibiayai kerajaan dengan menggunakan duit rakyat bukannya dibiayai syarikat konsesi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN