Close

ASUS ROG Phone 9 FE diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3, paparan 185Hz dan bateri 5500mAh

ASUS ROG Phone 9 FE telah diperkenalkan secara rasmi di pasaran Thailand. Merupakan alternatif kepada ROG Phone 9 atau 9 Pro berikutan ia ditawarkan dengan harga lebih mampu milik.

ROG Phone 9 FE ini hadir dengan skrin AMOLED LTPO bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1080×2040. Turut menyokong paparan 185Hz, kecerahan puncak 2500 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP IMX890 + 13MP Ultra Lebar + 5MP Makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 65W.

ROG Phone 9 FE ini turut menyokong fungsi AniMe Vision dengan 85 mini LED. Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada peranti ini adalah seperti pembesar suara jenis stereo, penarafan IP68, pengimbas cap jari bawah skrin, NFC, WiFi dan menjalankan sistem operasi ROG UI berasaskan Android 15.

Di Thailand, ROG Phone 9 FE ini ditawarkan pada harga sekitar THB 29,990 (RM3948). Tidak dapat dipastikan adakan peranti akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN