HUAWEI Malaysia secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka iaitu HUAWEI Mate XT pada 18 Februari ini. Buat yang tidak mengetahui, HUAWEI Mate XT adalah fon dengan skrin tri-lipat pertama di dunia yang ditawarkan dan dijual secara komersil.

HUAWEI Mate XT telahpun diperkenalkan lebih awal di pasaran China. Peranti ini boleh digunakan dalam tiga keadaan pertama seperti telefon biasa, kedua seperti tablet mini apabila skrin kedua dibuka dan ketiga seperti tablet besar apabila skrin ketiga dibuka.
Ketibaan HUAWEI Mate XT memberikan gambaran teknologi skrin kini berada di tahap yang berbeza. Bukan itu sahaja, peranti ini akan turut menawarkan kemampuan fotografi yang baik melalui teknologi HUAWEI XMAGE.
Pada acara yang sama, HUAWEI dijangka akan turut memperkenalkan beberapa lagi produk baru lain. Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenainya hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.