HUAWEI secara rasmi memperkenalkan fon tri-lipat pertama di dunia melalui model Mate XT. Peranti ini juga merupakan fon tri-lipat pertama yang ditawarkan dan dijual secara komersil.
Mate XT hadir dengan tiga skrin LTPO OLED yang boleh dlipat dan menyokong paparan 120Hz. Peranti boleh digunakan dalam tiga pilihan skrin iaitu 6.4-inci ketika dilipat, 7.9-inci apabila skrin kedua dibuka dan 10.2-inci apabila skrin ketiga dibuka. Mate XT hanya setebal 3.6mm apabila dibuka dan berat hanya sekitar 298 gram sahaja.
Peranti ini dilengkapi dengan 16GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 1TB. Namun begitu, cip yang digunakan pada Mate XT tidak dikongsi berkemungkinan adalah cip Kirin 9xxx. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 12MP Ultra Lebar + 12MP Telefoto dan swafoto 8MP.
Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar, 50W tanpa wayar dan 7.5W pengecasan tanpa wayar berbalik. Mate XT menjalankan sistem operasi Harmony OS 4.2 dan menyokong pengimbas cap jari pada butang kuasa.
Buat masa ini, HUAWEI Mate XT hanya tersedia untuk pasaran China sahaja dengan harga jualan sekitar CNY19,999 (RM12,207).