realme mengesahkan kehadiran mereka di acara Mobile World Congress 2025 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol.

Pada acara tersebut, realme akan mengumumkan peranti baru mereka iaitu siri realme 14 Pro. Dua model dijangka akan diumumkan iaitu realme 14 Pro dan juga realme 14 Pro +. Acara ini juga akan menjadi pelancaran global untuk siri realme 14 Pro.
Selain itu, realme akan berkongsi mengenai perkembangan teknologi mereka dan juga pelan strategik untuk tiga tahun akan datang. Bukan itu sahaja, realme akan turut memperlihatkan inovasi AI terbaru melalui AI Next, direka untuk meningkatkan interaksi pengguna dan prestasi kamera.
Siri realme 14 Pro telahpun dilancarkan lebih awal di India. Untuk realme 14 Pro, ia hadir dengan cip Dimensity 7300 Energy manakala realme 14 Pro+ dikuasakan dengan cip Snadpragon 7s Gen 3.