Close

Siri realme 14 Pro diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 7s Gen 3, bateri 6000mAh dan kamera periskop

realme secara rasmi memperkenalkan siri realme 14 Pro secara global dengan India menjadi negara pertama menawarkannya. Hadir dengan 2 pilihan model iaitu realme 14 Pro dan 14 Pro+.

realme 14 Pro+ 5G merupakanmodel paling premium dalam siri realme 14 Pro. Hadir dengan skrin AMOLED jenis lengkung bersaiz 6.83-inci dengan resolusi 1.5K dan turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Periskop + 8MP Ultra Lebar dan Swafoto 32MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0 dan AI Livephoto.

Peranti ini turut menyokong Underwater Photography Mode. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantasn 80W. Menarik mengenai peranti ini adalah, panel belakang boleh berubah warna dari putih ke biru apabila suhu bawah 16°C.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti penarafan IP66/68/69, pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.4 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15.

Manakala untuk realme 14 Pro, ia hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.77-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 Energy yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Ultra Clarity 2.0, AI Snap Mode, AI Eraser 2.0 dan AI Livephoto. Turut menggunakan bateri 6000mAh namun dengan pengecasan yang lebih perlahan iaitu 40W.

Di India, realme 14 Pro dijual pada harga bermula sekitar INR 22,999 (MYR1201) manakala untuk realme 14 Pro+ 5G pula bermula sekitar INR 27,999 (RM1462).

ARTIKEL BERKAITAN