Close

Grab umum kerjasama dengan BYD – Perluas perkhidmatan kereta elektrik

Grab mengumumkan kerjasama atau perkongsian strategik dengan pengeluar EV popular dari China iaitu BYD.

Melalui kerjasama ini, BYD akan menyediakan 50,000 kenderaan elektrik kepada pemandu di serata Asia Tenggara. Selain itu, kerjasama ini dijangka akan dapat meningkatkan penggunaan EV dalam kalangan pemandu Grab.

Kedua-dua syarikat akan turut bekerjasama dalam mengintergrasikan teknologi EV dari BYD dengan platform perkhidmatan Grab. Dengan kerjasama ini, beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia akan mula menawarkan perkhidmatan EV tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN