Penggabungan dua syarikat automotif Jepun iaitu Nissan Motor dan Honda Motor mungkin tidak akan diteruskan atau dibatalkan.

Menurut laporan, perbincangan penggabungan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang selepas kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat mengenai terma perjanjian.
Cadangan Honda untuk menjadikan Nissan sebagai anak syarikatnya telah ditolak. Berikutan dari itu, Nissan sedang mempertimbangkan untuk membatalkan rundingan kerana ia berbeza dari apa yang di rancang sebelum ini.
Walau bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai penggabungan ini hanya akan diketahui pada pertengahan bulan ini.
Sebelum ini, rancangan penggabungan ini dibuat untuk memberikan saingan yang lebih kompetitif dalam arena automotif lebih-lebih lagi dalam segmen kenderaan elektrik (EV).