Perkhidmatan kecerdasan buatan dari OpenAI iaitu ChatGPT kini menyokong fungsi baru untuk pengguna aplikasi WhatsApp.
📢 1-800-ChatGPT WhatsApp Updates
— OpenAI (@OpenAI) February 5, 2025
– You can now upload images when asking a question
– You can talk to ChatGPT using voice messages
– And coming soon, you can link your ChatGPT account (Free, Plus, Pro) for more usage
Jika sebelum ini ChatGPT hanya menyokong komunikasi melalui teks sahaja kini ia menyokong dua lagi fungsi iaitu muat naik imej dan juga mesej suara. Melaluinya, pengguna kini boleh bertanyakan pelbagai perkara berdasarkan imej yang dimuat naik atau mesej suara.
Fungsi ini menjadikan komunikasi antara pengguna dan juga pembantu AI lebih efisien dan juga lebih berkesan. Bukan itu sahaja, OpenAI akan turut menyokong pautan akaun ChatGPT ke aplikasi WhatsApp, akan tiba pada kemas kini akan datang.
Untuk mula menggunakan ChatGPT pada WhatsApp anda hanya perlu menambah atau menyimpan nombor 1-800-242-8478 atau 1-800-ChatGPT kemudian mulakan perbualan dengan menghantar teks kepada nombor tersebut.