Close

ASUS Zenfone 12 Ultra diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite, paparan 144Hz dan kamera 50MP

ASUS Zenfone 12 Ultra kini diperkenalkan secara rasmi sekaligus menjadikan ia peranti terbaru yang dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite.

Zenfone 12 Ultra hadir dengan skrin LTPO OLED E6 bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz. Turut menyokong kecerahan puncak 2500 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus 2. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 13MP Ultra Lebar + 32MP dengan zum optik sehingga 3x. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kamera utama peranti ini menyokong sistem gimbal yang menawarkan peningkatan 66% lebih baik berbanding model sebelumnya. Dimuatkan dengan bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 65W berwayar dan 15W tanpa wayar.

Zenfone 12 Ultra turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI yang dijana secara terus melalui peranti dan juga Cloud AI. Antara fungsi AI yang ditawarkan adalah seperti AI Call Translator 2.0, AI Potrait video dan juga AI Transcript 2.0. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, bicu audio 3.5mm, penarafan IP68 dan menjalankan Android 15.

Di pasaran Eropah, peranti ini dijual pada harga sekitar €1100 (RM5060). Peranti ini turut ditawarkan di beberapa pasaran lain seperti Taiwan, Jepun dan juga Hong Kong. Tidak dapat dipastikan adakah peranti akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN