Apple dilaporkan telahpun memulakan pengeluaran cip terbaru mereka iaitu Apple M5 secara besar-besaran.

Menurut laporan, TSMC telahpun memulakan proses awal pengilangan cip Apple M5 dalam skala yang besar. Cip tersebut akan menggunakan teknologi binaan 3nm N3P yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 5% dan kecekapan tenaga 5% hingga 10%.
Bukan itu sahaja, cip ini akan turut menawarkan prestasi AI yang lebih baik melalui NPU yang lebih berkuasa. Selain itu, cip generasi baru ini akan menggunakan teknologi System-on-Integrated-Chips-molding-Horizontal (SoIC-mH), membolehkan lebih banyak cip disusun dalam reka bentuk yang lebih padat.
Selain itu, Apple akan turut melengkapkan pengeluaran cip siri M5 dengan memperkenalkan M5 Pro, M5 Max dan M5 Ultra pada tahun ini. iPad Pro dijangka akan menjadi peranti pertama yang akan dikuasakan dengan cip Apple M5.