iPhone mampu milik dari Apple iaitu iPhone SE 4 mungkin akan diperkenalkan pada minggu hadapan iaitu pada 11 Februari 2025.

Menurut laporan, iPhone SE generasi ke-4 akan diperkenalkan pada 11 Februari ini. Apple dijangka akan turut memperkenalkan Beats PowerBeats Pro 2 pada acara yang sama. Beats PowerBeats Pro 2 akan menjadi TWS pertama yang akan dilengkapi fungsi heart rate monitor secara terbina.

Peranti ini dijangka hadir dengan rekaan yang sama seperti iPhone 14. Bukan itu sahaja, iPhone SE 4 dijangka hadir dengan Dynamic Island seperti mana yang digunakan pada iPhone 14 Pro dan ke atas. Sekaligus, memberikan gambaran peranti ini akan menyokong fungsi Face ID.
Dari segi spesifikasi, iPhone SE 4 berkemungkinan akan dikuasakan dengan cip A18, 8GB RAM, skrin OLED 6.1-inci, port pengecasan USB-C, kamera 48MP dan menyokong Apple Intelligence.