Close

GTA 6 disahkan akan tiba pada tahun ini

Pada tahun lalu, Rockstar Games telahpun berkongsi trailer permainan GTA 6 dan mendedahkan tarikh ketibaannya. Namun, selepas dari itu tiada lagi maklumat mengenai permainan tersebut dikongsi sekaligus memberikan gambaran pelancarannya mungkin ditangguhkan.

Dalam perkembangan terbaru, CEO Take-Two iaitu Strauss Zelnik menyatakan permainan Grand Theft Auto IV (GTA 6) akan tiba seperti mana yang diumumkan sebelum ini iaitu pada musim luruh iaitu sekitar September hingga November tahun ini.

Ketibaan permainan ini dijangka akan menjadi fenomena seperti mana permainan GTA 5 yang telah terjual lebih dari 210 juta unit di seluruh dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN