Honda Motor dan Nissan Motor secara rasmi mengumumkan perancangan mereka untuk mengabungkan kedua-dua syarikat.
Sekiranya pengabungan ini berjalan seperti yang dirancang, kita bakal menyaksikan kuasa baru automotif akan dibentuk. Seiring dengan pengabungan tersebut, satu syarikat induk usahasama baru akan diwujudkan menjelang Ogos 2026. Honda dijangka akan memegang peranan majoriti dalam struktur pengurusan dalam syarikat baru itu.
Melalui gabungan ini kedua-dua syarikat ini akan berkongsi pelbagai perkara dalam arena automotif yang merangkumi tenaga dan sumber, dalam masa yang sama akan bersaing dengan lebih baik dengan jenama lain di pasaran.
Pada ketika ini, kedua-dua syarikat sedang menghadapi persaingan sengit dengan pengeluar kenderaan dari China.