Nothing berkemungkinan tidak akan menggunakan cip MediaTek pada peranti baru mereka iaitu Phone (3a) dan (3a) Plus. Sebaliknya, Nothing akan menggunakan cip dari Qualcomm pada kedua-dua model tersebut.
Menurut laporan, Nothing Phone (3a) dan (3a) Plus akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 3 dari Qualcomm bukannya cip dari MediaTek seperti pada model sebelumnya iaitu Phone (2a) dan (2a) Plus.
Maklumat tersebut didedahkan melalui barisan kod yang dikesan melalui Nothing OS 3.0. Berdasarkan dari kod tersebut, memperlihatkan kod nama yang akan digunakan pada peranti tersebut iaitu Phone (3a) (asteroid) dan Phone (3a) Plus (asteroid_plus).
Selain itu, Phone (3a) dijangka akan dilengkapi dengan sensor kamera telefoto, sementara Phone (3a) Plus akan dilengkapi dengan sensor kamera periskop telefoto. Sekaligus, menjadikan ia peranti pertama dari Nothing yang dilengkapi dengan sensor telefoto.