Close

Sega mungkin perkenal perkhidmatan langganan permainan

Syarikat permainan video iaitu Sega mungkin akan memperkenalkan perkhidmatan langganan permainan seperti mana yang ditawarkan oleh Netflix.

Menurut laporan, Sega sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan perkhidmatan langganan permainan video mereka sendiri. Perancangan ini dikatakan sebagai langkah awal untuk mempercepatkan proses peralihan permainan ke arah penstriman.

Perkhidmatan langganan permainan bukanlah perkara baru, kerana telah ada beberapa syarikat permainan yang menawarkan perkhidmatan tersebut pada ketika ini seperti Xbox Game Pass, PlayStation Plus dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah dengan pengenalan perkhidmatan ini Sega akan mengalih keluar permainan mereka dari platform perkhidmatan penstriman atau sebaliknya. Selain itu, pengenalan perkhidmatan ini dijangka akan dapat mengembalikan semuLa era kegemilangan Sega.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN