realme bakal memperkenalkan peranti kelas pertengahan baru mereka iaitu siri realme 14 Pro 5G pada Januari 2025.
Walau bagaimanapun, realme tidak mendedahkan tarikh khusus untuk pelancaran peranti tersebut. Selain itu, realme turut berkongsi rekaan belakang untuk siri realme 14 Pro 5G tampil dengan kemasan yang unik dan mempunyai keupayaan untuk berubah warna.
Turut dapat dilihat, siri realme 14 Pro 5G akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang namun tiada maklumat mengenai sensor yang digunakan. Selain itu, siri realme 14 Pro 5G akan hadir dengan skrin jenis quad-curve dengan resolusi 1.5K dan menyokong penarafan IP69.
realme dijangka akan memperkenalkan dua pilihan model di bawah siri ini iaitu realme 14 Pro 5G dan realme 14 Pro+ 5G. Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.