Sistem operasi seterusnya iaitu iOS 19, dijangka akan menyokong semua model iPhone yang menerima kemas kini iOS 18.
Menurut laporan, semua iPhone yang menyokong iOS 18 akan menerima kemas kini iOS 19. Sekiranya laporan ini tepat, ia akan menjadi tahun kedua Apple tidak menghentikan sokongan kemas kini iOS tahunan pada semua model iPhone.
Laporan tersebut turut berkongsi senarai iPhone yang dijangka akan menerima kemas kini iOS 19 iaitu :
- iPhone 17, 17 Air, 17 Pro, 17 Pro Max (2025)
- iPhone 16, 16 Plus, 16 Pro, 16 Pro Max
- iPhone 15, 15 Plus, 15 Pro, 15 Pro Max
- iPhone 14, 14 Plus, 14 Pro, 14 Pro Max
- iPhone 13, 13 Mini, 13 Pro, 13 Pro Max
- iPhone 12, 12 Mini, 12 Pro, 12 Pro Max
- iPhone 11, 11 Pro, 11 Pro Max
- iPhone XS / XS Max
- iPhone XR
- iPhone SE (generasi kedua dan ke atas)
Walau bagaimanapun, model yang lebih lama dijangka tidak akan menerima fungsi baru yang tersedia pada iOS 19. Antara fungsi yang tidak akan ditawarkan pada model yang lebih lama adalah seperti sokongan kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya.
iOS 19 versi beta dijangka akan diperkenalkan pada Jun 2025 melalui acara WWDC. Untuk versi stabil ia mungkin tiba sekitar September.