Close

HUAWEI Pura X diumumkan – Fon lipat unik dengan nisbah skrin 16:10

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan fon lipat baru mereka iaitu Pura X. Menarik mengenai fon lipat ini adalah ia boleh digunakan secara vertical dan horizontal.

Pura X hadir dengan rekaan yang lebih besar berbanding telefon lipat jenis flip biasa. Sekaligus, menjadikan ia lebih fleksible untuk pelbagai kegunaan. Dilengkapi dengan skrin luar bersaiz 3.5-inci dengan paparan 120Hz. Skrin dalaman pula bersaiz 6.3-inci dengan nisbah 16:10 yang turut menyokong paparan 120Hz. Kedua-dua skrin ini menyokong kecerahan puncak 2500 nits dan HDR Vivid.

Peranti ini dilengkapi dengan 12GB RAM yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 512GB Namun begitu, tiada maklumat mengenai cip yang digunakan pada peranti ini. Dimuatkan dengan bateri 4720mAh yang menyokong pengecasan berwayar 66W dan 40W tanpa wayar.

Menggunakan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 40MP Ultra Lebar + 8MP Telefoto + sensor warna dan 10.7MP . Selain itu, Pura X turut dikuasakan dengan AI generatif melalui Pangu dan DeepSeek untuk pembantu suara serta ciri AI eye-movement, membolehkan pengguna menukar halaman melalui pergerakan mata.

Pura X ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 5 yang menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 40% berbanding versi sebelumnya. Peranti ini turut menyokong penarafan IPX8 untuk menjadikan ia lebih lasak. Di China, Pura X dijual pada harga bermula sekitar CNY7499 (RM4578).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN