Shopee secara rasmi memperkenalkan aplikasi khusus untuk e-Wallet mereka iaitu ShopeePay.

ShopeePay merupakan aplikasi e-Wallet sepenuhnya, berbeza dengan fungsi ShopeePay yang ditawarkan dalam aplikasi Shopee. Melaluinya, ia memboleh pengguna melakukan transaksi dengan mudah tanpa perlu membuka aplikasi Shopee.
Bukan itu sahaja, ShopeePay juga menyokong pelbagai fungsi lain seperti pembayaran melalui imbasan kod QR, pemindahan wang, tambah nilai, permintaan wang dan sebagainyan. Pengguna juga boleh menyemak sejarah transaksi yang dibuat dengan mudah.

Aplikasi ini boleh digunakan dengan menggunakan akaun sedia ada, bermaksud tidak perlu melakukan pendaftaran untuk log masuk. Secara keseluruhan, fungsi aplikasi ini sama seperti yang ditawarkan di dalam Shopee.
Ketibaan aplikasi ini membolehkan Shopee bersaing dengan lebih baik dan lebih efektif dengan penyedia perkhdmatan dompet digital lain seperti Touch’ n Go, GrabPay, Boost, BigPay dan sebagainya. Bagi yang berminat, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman rasmi Shopee Malaysia.