Close

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan diberikan bermula 24 Mac 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 untuk tahun 2025 akan mula diberikan kepada penerima yang layak bermula 24 Mac ini.

Sumbangan STR Fasa 2 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, meningkat berbanding RM1.5 billion pada tahun lalu.

Pembayaran STR akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sedia ada dan penerima baru yang berdaftar di dalam pangkalan data STR, mengikut kepada kategori kelayakan masing-masing.

Selain itu, kerajaan turut menyatakan pendaftaran STR dibuka sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan tersebut. Berikutan itu, sekiranya nama tiada dalam pangkalan data STR, perlu membuat permohonan baru bagi membolehkan proses pengesahan mengikut kategori STR dimuktamadkan.

Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.

ARTIKEL BERKAITAN