Close

TECNO Camon 40 Pro tiba di Malaysia dengan harga RM849

Selepas diperkenalkan di acara Mobile World Congress 2025, TECNO Camon 40 Pro kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan.

TECNO Camon 40 Pro hadir dengan skrin AMOLED jenis melengkung bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass 7i. Dikuasakan dengan cip Helio G100 Ultimate yang hanya menyokong rangkaian 4G sahaja. Menggunakan konfigurasi 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan 50MP untuk swafoto. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Peranti ini turut menyokong penarafan IP68/IP69, panel belakang jenis kaca dan menggunakan binaan aluminium.

TECNO Camon 40 Pro turut dilengkapi dengna butang fizikal tambahan yang dipanggil sebagai One Tap Button. Butang ini mirip seperti Action Button pada iPhone 15 Pro ke atas yang membolehkan pengguna menetapkan pelbagai fungsi pada butang tesebut. Selain itu, peranti ini juga menyokong pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI iaitu AI Eraser 2.0, AI Perfect Face, AI Writing, AI Image Extender, AI Call Assistant, dan AI Sharpness Plus.

TECNO Camon 40 Pro kini tersedia dijual di Malaysia dengan harga RM849 dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Emerald Green dan Galaxy Black.

ARTIKEL BERKAITAN