Close

Apple Watch generasi baru mungkin akan dilengkapi dengan kamera

Apple dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menyertakan kamera secara terbina pada Apple Watch Series akan datang.

Menurut laporan, Apple akan menyertakan kamera pada kedua-dua model Apple Watch Series iaitu biasa dan Ultra. Kamera tersebut menyokong ciri visual intelligence yang akan digunakan untuk menganalisis persekitaran sekaligus dapat memberikan maklumat yang lebih relevan kepada pengguna.

Walaupun kedua-dua model dilengkapi dengan kamera namun kedudukanya mungkin berbeza mengikut model. Untuk model biasa, kamera mungkin diletakkan di sebalik skrin sama seperti iPhone. Manakala model Ultra, ia akan diletakkan di bahagian sisi, berdekatan dengan Digital Crown dan butang.

Namun begitu, teknologi ini tidak akan tiba dalam masa terdekat sebaliknya dijangka tiba sekitar 2027 atau mungkin lebih lama sebelum ia direalisasikan. Selain itu, Apple juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menyertakan kamera pada generasi AirPods akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN