Google memperkenalkan fungsi baru untuk peranti Pixel iaitu Screen-off Fingerprint Unlock, sekaligus membolehkan pengimbas cap jari digunakan ketika skrin dimatikan.

Sebelum ini, pengimbas cap jari pada peranti Pixel hanya boleh digunakan ketika skrin dihidupkan atau diaktifkan, tetapi kini pengguna boleh membuka kunci peranti dengan hanya menyentuh kawasan pengimbas cap jari walaupun skrin dimatikan.
Pada permulaan, fungsi ini terhad kepada siri Pixel 9 sahaja namun sokongan tersebut diperluaskan kepada lebih banyak peranti melalui kemas kini Android 16 Beta 3. Walau bagaimanapun, fungsi ini hanyat tersedia untuk Pixel 6 dan ke atas atau peranti yang menyokong pengimbas cap jari bawah skrin.
Tiada sebab untuk Google membuang atau mengeluarkan fungsi ini dalam versi stabil Android 16 yang akan tiba tidak lama lagi. Jadi, fungsi ini akan tersedia pada Android 16 versi stabil nanti.