Close

Siri realme 14 5G akan tiba di Malaysia pada 15 April ini

realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran siri realme 14 5G pada 15 April ini. Acara tersebut akan berlangsung di IOI City Mall dan boleh ditonton secara langsung di Facebook, YouTube dan TikTok rasmi realme.

realme akan menjadi pengeluar terawal yang menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 4. Cip ini dibina dengan teknologi binaan 4nm dan akan digunakan pada realme 14 5G. Melaluinya, ia menjanjikan peningkatan prestasi CPU sehingga 15% dan kecekapan kuasa yang lebih baik iaitu sehingga 35%.

Menurut realme, skor Antutu untuk peranti ini melebihi 780,000 dan tertinggi di dalam kelasnya. Selain itu, peranti ini menyokong 120 FPS untuk permainan Mobile Legends, Honor of Kings dan Free Fire.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi penuh dan juga ketersediaannya. Seperti biasa, maklumat tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN