Anker secara rasmi memperkenalkan 4 produk pengecasan baru ke pasaran tempatan. Produk ini direka untuk memenuhi permintaan pengguna masa kini dan dilengkapi dengan teknologi termaju GaNPrime.
Melalui acara ini, 4 produk telah diperkenalkan iaitu Anker Prime Charger (250W), Anker Charger (140W), Anker Zolo Charger (30W) dan Anker Power bank (165W).


Anker Prime Charger merupakan sebuah Charging Station yang menyokong pengecasan sehingga 250W. Dilengkapi dengan smart screen bersaiz 2.26-inci untuk memaparkan pelbagai informasi dan smart control untuk mengawal kuasa pengecasan. Hadir dengan 6 port pengecsan dengan 4x USB-C dan 2x USB-A. Menarik mengenai Charging Station ini adalah pengguna boleh menetapkan kuasa pada setiap port.

Untuk Anker Charger, ia menyokong pengecasan sehingga 140W, mampu mengecas 4 peranti secara serentak. Pengecasan ini turut dilengkapi dengan smart screen yang memaparkan maklumat pengecasan secara masa nyata. Menyokong 4 port pengecasan iaitu 3x USB-C dan 1x USB-A. Tidak ketinggalan, pengecasan ini turut menyokong GaN Technology 5.0 dan smart temperature control.

Anker Zolo Charger hadir dengan rekaan kompak dan ringan yang menyokong pengecasan 30W. Pengecasan ini dilengkapi dengan sistem pengurusan haba dari Anker yang mampu mengekalkan suhu pada 11°C.

Anker Power bank direka untuk kemudahan yang maksimum dengan kapasiti bateri sebesar 25,000mAh dan menyokong pengecasan sehingga 165W. Menarik mengenai power bank ini adalah ia hadir dengan 2 kabel pengecasan secara terbina dengan salah satunya darinya adalah jenis retractable. Selain itu, ia turut menyokong 2 port pengecasan iaitu 1x USB-C (100W) dan 1x USB-A (33W).

Untuk harga jualan, Anker Prime Charger RM699, Anker Charger RM349, Anker Zolo Charger (30W) RM39 dan Anker Power bank RM449. Bagi yang berminat, produk ini boleh dibeli bermula hari ini di semua pengedar rasmi Anker Malaysia.