Apple dilaporkan telah menghentikan idea untuk menggunakan binaan plastik pada Apple Watch SE.

Menurut sumber, keputusan tersebut dibuat selepas pasukan reka bentuk Apple tidak berpuas hati dengan rekaan jam tersebut. Selain itu, pasukan operasi menyatakaan penggunaan binaan plastik tidak memberikan penjimatan kos yang ketara.
Apple memilih untuk menggunakan binaan plastik adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran sekaligus dapat menjual pada harga lebih murah. Namun begitu, idea tersebut dilihat tidak berjaya atau sukar untuk dilaksanakan.
Berikutan dari itu, Apple memilih untuk menghentikan idea bagi menggantikan binaan aluminium Apple Watch SE dengan plastik.