Apple telahpun mengumumkan kemas kini audio lossless dan ultra-low latency untuk AirPods Max. Sekaligus, membolehkan pengguna menikmati kualiti audio yang lebih baik.

Namun begitu, untuk menikmati fungsi tersebut pengguna perlu menggunakan kabel khas. Berikutan itu, Apple menawarkan kabel audio USB-C ke 3.5mm yang membolehkan pengguna merasai pengalaman audio lossless dan ultra-low latency.

Kabel ini tidak hanya boleh digunakan pada AirPods Max dan Beats Studio Pro tetapi turut boleh digunakan pada beberapa model iPad, Mac dan juga iPhone. Kabel ini menggunakan kemasan jenis braided untuk menjadikan ia tidak mudah terbelit dengan panjang 1.2 meter.

Bagi yang berminat, kabel ini boleh dibeli dengan harga RM219 dengan jualan dan penghantaran pertama bermula 28 Mac ini.