Close

HONOR Pad X9a WiFi tiba di Malaysia dengan harga RM999

Tablet baru dari HONOR iaitu Pad X9a WiFi kini tiba secara rasmi untuk pasaran tempatan. Hadir dengan spesifikasi yang menarik dan memfokuskan kepada penggunaan yang lebih menyeluruh.

HONOR Pad X9a hadir dengan skrin LCD bersaiz 11.5-inci dengan resolusi 2.5K dan menyokong paparan 120Hz. Tablet ini hadir dengan rekaan yang nipis dengan 6.7mm dan berat hanya 475gram sahaja. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 8MP dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 8300mAh dan menyokong pengecasan pantas 35W yang mampu mengecas dicas penuh hanya dalam 105 minit. HONOR mendakwa, tablet ini mampu bertahan sehingga 11.7 jam untuk tonton yang berterusan.

Tablet ini turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI seperti Voice-to-Text, Handwriting Beautification, dan Multi-Screen Collaboration. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara, Bluetooth 5.1 dan menjalankan MagisOS 9.0 yang berasaskan Android 15.

Bagi yang berminat, HONOR Pad X9a ini dijual pada harga RM999 untuk 8GB + 128GB. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM598.

ARTIKEL BERKAITAN