Close

Apple menjadualkan acara WWDC 2025 pada 9 Jun ini

Apple telah menjadualkan acara Worldwide Developer Conference 2025 (WWDC25) pada 9 hingga 13 Jun. WWDC merupakan acara tahunan Apple memperkenalkan perisian dan teknologi terkini kepada pembangun dan peminat teknologi.

Berikutan itu, kita mungkin boleh menjangkakan Apple akan memperlihatkan perisian dan teknologi baru yang akan dibawakan pada macOS, iOS, iPadOS, watchOS, tvOS dan juga VisionOS

Perkara yang menjadi tumpuan semestinya iOS 19, dijangka hadir dengan perubahan ketara dari segi antara muka dan akan menggunakan beberapa elemen dari VisionOS. Selain itu, Apple akan turut memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) yang berasaskan peranti bagi meningkatkan keupayaan Siri dan sistem operasi.

Selain itu, acara ini terbuka kepada semua pembangun yang diadakan dalam dua bahagian iaitu secara dalam talian dan juga secara fizikal di Apple Park.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN