Close

Tecno tawar kemas kini sehingga 5 tahun untuk siri Camon 40

Tecno secara rasmi mengumumkan sokongan kemas kini yang lebih panjang untuk peranti baru mereka iaitu siri Camon 40.

Melalui pengumuman tersebut, siri Camon 40 akan menyokong kemas kini sehingga 3 tahun untuk Android dan 5 tahun untuk keselamatan. Bermaksud, siri Camon 40 akan menyokong kemas kini sehingga Android 18 dan kemas kini sehingga tahun 2030.

Peranti yang akan menyokong kemas kini adalah Camon 40 Premier, Camon 40 Pro 5G, Camon 40 Pro 4G dan Camon 40. Dengan sokongan kemas kini yang lebih panjang ia membolehkan peranti digunakan dengan lebih lama dan juga lebih selamat.

ARTIKEL BERKAITAN