Close

Kerajaan umum diskaun tol 50% sempena Hari Raya Aidilfitri – 28 dan 29 Mac ini

Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% selama 2 hari bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 28 dan 29 Mac 2025.

Diskaun tol 50% ini diberikan kepada semua kenderaan persendirian (kelas 1) di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor. Pemberian diskaun tol ini bermula pada jam 12.01 am, 28 Mac 2025 (Jumaat) dan berakhir pada jam 11.59 pm , 29 Mac 2025 (Sabtu).

Pemberian diskaun ini dianggarkan menelan kos sekitar RM19.69 juta dengan bayaran pampasan akan diberi kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat.

Selain itu, semua pengguna lebuh raya diharap dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini.

ARTIKEL BERKAITAN