Close

Apple ‘Trade In’ kini tersedia di Malaysia – Jual peranti lama pada harga tinggi

Apple Malaysia kini menyokong program tukar-beli atau Trade In sekaligus membolehkan pengguna melakukan tukar beli dengan produk Apple yang terbaru.

Program Apple Trade In terbahagi kepada 4 produk iaitu iPhone, Apple Watch, iPad dan Mac. Untuk iPhone, tukar beli boleh dilakukan dari model iPhone 6 Plus hingga iPhone 14 Pro Max dengan nilai bermula dari RM150 hingga RM3900. Manakala untuk Apple Watch, tukar beli diterima dari model Apple Watch Series 5 hingga Apple Watch Ultra dengan nilai bermula dari RM350 hingga RM1950.

Untuk iPad, tukar beli diterima dari model iPad Mini hingga iPad Pro dengan nilai bermula RM1650 hingga RM4200. Seterusnya iMac, tukar beli diterima dari model MacBook Pro hingga Mac Pro dengan nilai bermula dari RM3900 hingga RM11,900.

Untuk program ini, pengguna perlu membayar harga penuh peranti terlebih dahulu sebelum bayaran tukar beli diterima. Selain itu, pengguna perlu menghantar peranti tukar beli dalam tempoh 14 hari selepas menerima peranti baru. Jika nilai peranti tukar beli lebih tinggi, baki nilai akan dimasukkan dalam bentuk kredit pada akaun Apple. Akhir sekali, jumlah nilai tukar beli yang diterima adalah berdasarkan kepada peranti yang dihantar.

Dengan ketibaan pelbagai program baru dari Apple seperti AppleCare+ dan Apple Trade In. Kita mungkin boleh menjangkakan yang Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai Apple Trade In, boleh layari laman web rasmi Apple Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN