Close

POCO F7 Pro dan F7 Ultra kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM2299

POCO secara rasmi memperkenalkan peranti baru mereka iaitu POCO F7 Pro dan F7 Ultra untuk pasaran tempatan. Kedua-dua peranti ini hadir dengan spesifikasi yang berkuasa dengan rekaan kamera belakang yang diberi nafas baru.

Untuk POCO F7 Pro, ia hadir dengan skrin Flow AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 120, HDR10+, Dolby Vision dan keceranhan puncak 3200 nits. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan konfigurasi 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 20MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar.

POCO F7 Ultra turut dilengkapi dengan skrin yang sama iaitu Flow AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 3K. Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan puncak 3200 nits. Model ini hadir dengan cip lebih berkuasa dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 32MP Ultra Lebar dan swaofot 32MP. Menyokong pengecasan 120W berwayar dan 50W tanpa wayar dengan bateri 5300mAh.

Kedua-dua peranti ini menjalankan sistem operasi terbaru dari Xiaomi iaitu HyperOS 2. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti NFC, IR Blaster, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan penarafan IP68.

Di Malaysia, POCO F7 Pro dijual pada harga bermula RM2299 (12GB + 256) dan RM2499 (12GB + 512GB). Manakala untuk POCO F7 Ultra ia dijual pada harga bermula RM2999 (12GB + 256GB) dan RM3299 (16GB + 512GB).

Bersempena dengan ketibaannya, peranti ini ditawarkan dengan harga diskaun untuk kedua-dua model. POCO F7 Pro akan dijual pada harga RM2039 (12GB + 256GB) dan RM2139 (12GB + 512GB). Sementara untuk POCO F7 Ultra ia dijual pada harga RM2699 (12GB + 256GB) dan RM2899 (16GB + 512GB).

Selain itu, setiap pembelian akan menerima langganan Google One 100GB selama 6 bulan dan jaminan tambahan selama 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN