Close

vivo X200 Ultra akan diperkenalkan pada April ini

vivo mengesahkan peranti paling premium baru mereka iaitu vivo X200 Ultra akan dilancarkan pada April ini. Maklumat tersebut dikongsi oleh vivo melalui Boao Forum for Asia, malangnya tiada tarikh spesifik yang dikongsi.

Seperti namanya, peranti ini dijangka hadir spesifikasi yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik. Peranti ini tidak akan menggunakan cip MediaTek 9400 sebaliknya menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto.

Menariknya, semua kamera belakang peranti ini akan menyokong rakaman video pada resolusi 4K 120fps. Selain itu, terdapat laporan menyatakan vivo telah bekerjasama dengan Fujifilm dan Zeiss dalam pembangunan kamera untuk peranti ini.

Peranti ini akan dilengkapi kapasiti bateri yang besar iaitu 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. vivo X200 Ultra bakal menjadi pesaing kepada model Xiaomi 15 Ultra dan OPPO Find X8 Ultra.

Seperti model sebelumnya, vivo X200 Ultra mungkin akan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran China sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN