Apple dijangka akan menyokong rakaman video yang lebih tinggi iaitu 8K pada siri iPhone 17. Sebagai perbandingan, model semasa iaitu siri iPhone 16 hanya menyokong rakaman video sehingga 4K 60fps untuk model biasa dan 4K 120fps untuk model Pro.

Menurut laporan, siri iPhone 17 akan menyokong rakaman video dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu sehingga 8K. Untuk menyokong fungsi ini, Apple dijangka akan memuatkan sensor kamera yang lebih besar pada siri iPhone 17. Walau bagaimanpun, tiada sebarang maklumat mengenai jenis rakaman yang akan disokong sama ada 8K 120fps atau 8K 60fps.
Berdasarkan laporan lain, fungsi rakaman video sehingga 8K sepatutnya tersedia pada siri iPhone 16 namun disebabkan oleh kemampuan sensor yang terhad menyebabkan fungsi ini tidak diperkenalkan.
Sekiranya laporan ini tepat, ia mungkin akan menjadi salah satu sebab pengguna menaik taraf kepada siri iPhone 17.